Apakah itu rindu ?
Rindu ialah cinta yang berlebihan dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga diikuti dengan kerendahan diri. Kata orang, Rindu tu tak semestinya untuk mereka yang bercinta, namun bagi mereka yang bercinta pasti adanya rindu. Ohh .Dan Yana ? bukanlah RINDU bagi mereka yang bercinta.. :') HAHA. Hanya mereka yang pernah merindu akan merasai seksanya menanggung rindu terhadap seseorang walau di dalam DIAM :)
Seseorang yang merindui sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia mendapat PAHALA syahid di akhirat kerana ianya hanya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat SABAR yang sangat indah. :') Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendiri kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hati , jiwanya tubuh badannya dari dikuasai olah rasa rindu.
Kata orang, RINDU itu INDAH, bagiku ianya sangat memeritkan ketika kita merindui orang yang tidak merindui kita :')
Allah S.W.T yang mencampakkan kepadaku rasa 'RINDU' dan 'CINTA' ini di dalam diam, Yana tidak sedar bila rasa CINTA dan RINDU ini hadir, namun Yana tidak putus- putus berdoa agar Yana sentiasa diberi kekuatan menghadapi segala resahh ini. Yana sentiasa ingin melihat kebahagiaan dia dengan orang yang selalu diidam-idamkannya :') . Yana sentiasa ingin mencintai dan menjadi peneman , pendengar setianya :') Biarlah rasa ini terkubur dengan sendirinya. In Shaa Allah, Ini terbaikk untuk diriku..Allah maha mendengar, Juga Perancang yang terbaikk dalam hidupku..
''KEBAHAGIAAN DIA ADALAH KEBAHAGIAAN KU'' . Kadang-kadang kita tak sedar, banyakk hati yang kita lukakan untuk mencipta kebahgiaan sendiri.
oK LAH. Tht All.. Assalamualikum..
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan